bluebery hantaran pertunangan

Author: ilham kek bonda // Category:

Sempena pertunangan ankanda bonda, bonda hasilkan sebuah kek blueberi sebagai hantaran pertunagan, kebetulan ada ribon corak rama2 n hiasan rama2....apa lagi, lekat la pada kek. 







Selamat bertunang n semoga bahagia sampai ke syurga. Amin


kek ising

Author: ilham kek bonda // Category:
Setiap tahun ada kelainan yang tersendiri, Pada Raya puasa tahun 2012, kami menerima tempahan kek ising daripada pelanggan. Kek2 ni ditempah oleh pelanggan kami yang dijua ibu kepada salah seorang daripada ankanda bonda.. Beliau dah banyak kali buat tempahan dengan kami, kali ni beliau nk hadiahkn kek ising kepada pelanggan2 setia beliau yang menyokong perniagaan beliau sempena hari raya. permintaan yang ringkas, kek ising, x kisah bentuk macam mana, tetapi tulis selamagt hari raya, maaf zahir batin. Jom scroll down kek2 yang telah kami hasilkan.

Dah raya, dapat idea deco ketupat la, dengan kombinasi kuning dan hijau dengan latar belakang putih .  last  make up  tulis dengan pen ising warna pink and buat titik2 d sekeliling kek. Taraaaaa.

look simple right?

ini dekorasi kegemaran bonda. kejap jer bonda ambil masa siapkan deko kek ni, just guna  nozle  daun . 1 nozle sahaja.

ehem....kali ni pink putih pula,  menggunakan comb untuk bentukkan line di bahagian atas kek. Last2 rasa kosong j kat tepi kek, then deco sikit guna pen ising putih. 

Haaaaaaaaaaaaaaaa... ni idea bonda, kononnya nk hasilkan decorasi pelangi, tp bukan warna pelangi pun. huhu. Bonda  ambil keputusan setakat ini sahaja dekorasi kek ini because look simple n dah puas hati. Tetapi our customer cakap x cantik pula. xpe lah, untuk akan datang, must add something...

ok, kali ni berbentuk segiempat pula,  rajin sikit, comb di setiap bahagian kek.  Hiasan ala2 ropol langsir gitu... guna nozle leper, pastu rasa masih kurang menarik, tambah sikit warna hijau n putih supaya lebih menarik...

One more, ros icing.... lama dah x buat bungan guna ising...

bila deko banyak kek ni, rasa gian la pula, rasa nk deko lagi, tapi semua dah kepenatan, kami siapkan deko ni dah tengah malam, esok nk siapkan kek bluebery n kek keladi pula. kene tdo. zzzzzzzzz


Pavlova raya

Author: ilham kek bonda // Category:

 Percubaan pertaman berhasil, dalam sakit kepala, alhamdulillah siap juga pavlova idaman...huhu. kosong macam ni pun dah sedap tau, sebesar tu lau nk tahu hanya 3 biji telur putih.



Whiping cream ada banyak balance, apa lagi, letak sesuka hati lah. suka suki....hias sikit guna nozel bintang. Tetapi ada anggur jer sebagai fresh fruit, potong dua n buang biji, pastu susun ada cream. nasib baik ada buah2an koktail, bleh la teman anggur. hehe. Hasilnya, setelah dihidangkan kepada umi n adik2 di pagi raya, semua cakap sedap, mmg sedap pun, lembut sangat, Sempat lagi hidangkan kepada tetamu y hadir, mak cik siap cakap desert class hotel, mengancam rasanya....masa tulis blog nie, terasa kembali keenakannya..bestnya..




kek raya puasa 2012

Author: ilham kek bonda // Category:

Bluebery lagi..... umi mmg glamour dengan kek nie, setiap tahun mesti ada tempahan sehingga kadang2 x menang tangan tlg umi siapkan tempahan. Bluebery filling yang berjuntai memang menjadi kegemaranku. Hehehe..... 


Bluebery raya ni sebenarnya nk buat makan untuk raya, tapi last minute ada org tanya nk beli untuk raya, biasalah, customer is always right...hehe..betul ke istilah tu...xpe lah, kesian kat org nk beraya...so, kami bagi la....jual...huhu



Hari lahir n raya sekali...ni lau nk tahu ditempah oleh yang di atas, selepas makan masa raya, diorang cakap sedap n tempah semula selepas raya bersempena dengan hari lahir bapa dia n anak2 sedara dia. Kek ni ditempah pada hari raya ke enam tau..Thanks untuk tempahan. Nanti tempah lagi ya...huhu


Hiasan filling berjuntai macam biasalah, menjadi kegemaranku untuk buat decoration. Kali ini diiringi dengan hiasan filling di bahagian bawah ala2 manik gitu... 3 ceri tu untuk birthday person. huhu


haaaaa, ni geng ex student SMKA Amer Indera Petra, sempena reunion, mereka tempah kek bluebery untuk majlis diorang. Disebabkan permintaan tulisan jalinan kasih, jadi buat la hiasan macam jalin2...dan macam biasa juntaian filling....


Ini kalau nk tahu kek yang di tempah oleh pelanggan tetap, sepupuku...memang sah setiap tahun beeraya dengan kek bluebery...


Hahaha....ini dihias sendiri oleh pelanggan, mak sdara, dia x puas hati kek dia xde juntaian filling, jd dia buat sendiri. X kisah laaaa..



Ini adalah kek tofee banana...untuk raya..heheheeee




Kek yang ditempah sepupuku, satu kek bluebery and satu kek tofee banana. thanks dear...







bauhulu bunga

Author: ilham kek bonda // Category:

Bauhulu pun ada, sesuai untuk dijadikan hadiah kepada tetamu, hantaran dan boleh juga dijadikan pembasuh mulut. rasanya lembut dan manis yang secukupnya sahaja, mmg bonda x suka y manis sangat, dia jaga kesihatan pelanggan dia.


Dah potong, sape nk mkn meh la....


Sedia utk dimakan. makan begitu sahaja atau cecah air..

puding selasih

Author: ilham kek bonda // Category:

Hadiah perkahwinan untuk kawan baik Zuriatiha daripada umi. Moga kasih kalian sentiasa mekar dan mewangi..


kononnya nk jadikan pembasuh mulut d meja makan beradab bagi pengantin, tp majlis berlangsung lebih awal, jadi pengantin makan lepas majlis persandingan..huhu.


kek coklat

Author: ilham kek bonda // Category:

lau x silap kek ni ditempah oleh cikgu hindon, guru d smtbachok, merangkap cikgu kpd zuriatiha...huhu...lau buat deco, sanagt suka la tabur manik u memeriahkan lagi kek..huhu


senang n ringkas, guna bunga wafer(ntah la camne ejaannya) jer...look simple but dlmnya mmg sedap la..

baby cup cake dengan kismis

Author: ilham kek bonda // Category:

atas permintaan pelanggan, nk kek baby y ada kismis...okay....kita tambah la kismis kat atas tu, bijak gak idea dia, mmg sedap bila kek n kismis bergabung. nyaman dong....hehehe....tp dia dah sedia maklum la, harga pun bertambah....lau biasa rm1 utk 4 biji, kali ni sebiji dikira 30sen. u 100 biji, rm30. tp aku x pernah la bg cukup2, pastinya ada lebih2 sikit...


yum yum...


jom la makan.....


dah siap masuk kotak....100 biji lebih....hehehe...kepada tuan tempah..enjoy yaaaaaaa





valentine cake..

Author: ilham kek bonda // Category:


kek keladi untuk hari lahir

Author: ilham kek bonda // Category:

kek ni ditempah oleh kawan, cikgu razihan, untuk meraikan hari lahir ibu dia, atas permintaan dia, x payah tulis apa2, jd aku buat bunga n taburkan manik d permukaan atas kek...


bahagian tepi macam biasa, salut dengan kelapa kering


hope mama cikgu sukakannya...


birhday cake

Author: ilham kek bonda // Category:

ahaaaaaaaaaaaa,,
bersempena dgn kelahiran puteri2 bonda, zuriatiha buatkan sebiji kek coklat sebagai kek hari lahir u ketiga2 puteri bonda....hapy birthday all...moga panjang umur n murah rezeki semuanya...



kebiasaannya kek coklat guna toping coklat semata2...tp kali ni x nk la buat benda y sama, kebetulan ada baki fresh cream y x habis guna, tetiba dapat la idea u gabungkan toping coklat n fresh cream. y nampak sedikit menonjol tu adalah cup cake, selalunya siapkan bahagian atas dahulu kemudian bahagian tepi kek, tp kalu ni siapkan tepi dulu guna fresh cream then curah coklat cair d atas permukaan kek. tp malangnya, fresh cream dah agak cair, kelopak bunga ros jd gemuk2 pula, u nampak lebih menarik, titikkan jeli warna kuning d kelopak ros gemuk tu...huhu..menarik juga guna pensil ising warna kuning ni...ceria la juga kan..



ingtkan x laku sbb hari2 jumpa kek...rupa2nya sehari j dah tinggal banyak ni,,,huuhuuu...sbb tu la buat kelainan, wp kek ni adalah kek coklat, sajer tambah badam n pistacio serta coklat chip kat dalam kek...rasa cam brownies pun ada. masuk mulut  rasa sanagt sedap bila coklat digabungkan dgn fresh cream n rasa kekacang bila mengunyah...yum yum...next, ada kelapangan nak cuba resipi lain pula u birthday putera2 umi. huhu.


doll cup cake

Author: ilham kek bonda // Category:

rekaan patung menggunakan ising. kononnya ini adalah boy doll. huhu


ini pula girl doll

idea datang mencurah curah, rupa2nya ia mengambil masa selama 1 jam untuk menghias 10 doll cup cake. terlalu leka sehingga x sedar masa berlalu..huhhu,,

Toffee Banana cake sempena raya Cina

Author: ilham kek bonda // Category:



Toffee Banana cake y ditempah oleh kawanku Ziana SMTB. ini dah kali kedua dia tempah...sedap katanya. thanks kawanku. tp decoration tu sangt simple sbb dah malam. ni hasil tangan umi. my bonda...

kek coklat moist bersalut ising

Author: ilham kek bonda // Category:
 kek ini mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. RM20 = 600g
 kek ini dideco sepenuhnya oleh zuriatiha dan ia adalah yang pertama baginya.he3


Hmm...apa komen..?

Kek Ising

Author: ilham kek bonda // Category:
Pandangan atas

Kek Ising yang ditempah oleh seorang penjual kuih di pasar jelawat, kek ini ditempahuntuk jamuan kelas anaknya. 1kg = RM35

Pandangan sisi..